Namun, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, beliau akan mengekalkan gaya serta penampilan yang ditonjolkan kepada khalayak umum sebelum ini dan terus menjalani kehidupan sama seperti dahulu.

Pada masa sama, katanya, beliau akan mengikut segala adat dan budaya serta protokol ketenteraan selepas ini berdasarkan nasihat daripada pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Sekarang saya masih baharu dan di peringkat perkenalan .Walaupun penuh protokol, saya tetap mahu kekalkan Mat Sabu ‘style’. Inilah yang saya perlu ikut pada masa ini,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Butterwoth di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE