“Tak apa, tak mahu jawab yang itu,” katanya ketika diminta mengulas perkara tersebut selepas mengadakan lawatan lokasi hutan tanah gambut yang terbakar di Johan Setia di sini hari ini.

Mohd. Rafizi sebelum ini berkata jumlah wang RM800,000 yang didakwa diterima pegawai Mohamad untuk membebaskannya daripada status muflis kononnya diperoleh melalui biaya khalayak adalah sukar diterima.

Kata calon Timbalan Presiden PKR itu, ini kerana seorang lagi pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) yang lebih terkenal sehingga kini masih belum berjaya mengumpul dana mencukupi untuk membayar saman. - UTUSAN ONLINE