Beliau berkata, pandangan Anwar penting dalam membantunya menguruskan Kementerian Pendidikan.

"Pandangan dan nasihat beliau selaku Presiden PKR dan bekas Menteri Pendidikan akan membantu kepemimpinan saya dalam mengemudi kementerian ini.

"Malah saya juga mengambil kira beberapa pandangan beliau yang kemukakan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan mengenai cadangan Anwar yang mahu bertemu Maszlee bagi membincangkan mengenai isu pelantikannya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) baru-baru ini.

Pelantikan Maszlee ke jawatan tersebut mendapat kritikan pelbagai pihak terutamanya golongan mahasiswa yang mahu beliau melepaskan jawatan tersebut dan tidak mencampuri urusan pentadbiran universiti. - UTUSAN ONLINE