Beliau menegaskan, pemaklumkan berhubung status cuti tersebut sama ada perlu diganti atau tidak, akan diputuskan melalui Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang.

“Sehubungan itu, saya memohon pihak terlibat untuk lebih berhati-hati supaya ia tidak mengelirukan mereka yang terkesan dengan bencana ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan Maszlee berkenaan turut disertakan dengan transkrip jawapannya dalam sidang akhbar semalam seperti berikut: “Kita akan maklumkan kemudian melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), mereka akan membuat pemakluman kepada PPD Pasir Gudang dan kepada sekolah-sekolah.”

Beliau turut meminta akhbar terlibat untuk membetulkan laporan berkenaan.

Sebanyak 111 sekolah yang terkesan dengan pencemaran gas berbahaya di Sungai Kim Kim diberikan cuti sehingga 31 Mac ini bagi mengelakkan pelajar terjejas kesihatan selain membolehkan kerja-kerja pembersihan diselesaikan.

Pencemaran toksik di Sungai Kim Kim yang berlarutan sejak 7 Mac lalu itu menjejaskan hampir 6,000 penduduk termasuk pelajar sehingga 111 sekolah di Pasir Gudang diarahkan ditutup sementara. - UTUSAN ONLINE