Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Zailan Adnan berkata, ini kerana sambutan orang ramai terhadap klinik berkenaan masih dingin walaupun mereka yang disaring berdepan dengan masalah kesihatan akibat tabiat merokok.

Mengambil contoh di Selangor, Zailan berkata, hanya seramai 1,614 atau 3.8 peratus sahaja daripada 41,854 penduduk yang disaring di bawah Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) hadir ke Klinik Berhenti Merokok.

“Program KOSPEN dan perkhidmatan klinik ini diperkenalkan kerajaan pada 2013 sebagai salah satu transformasi kesihatan awam dan seharusnya kemudahan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai terutama perokok.

“Berhentilah daripada merokok demi kepentingan diri sendiri, keluarga dan masyarakat, anda boleh lakukannya jika mempunyai keazaman dan komitmen yang tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan konvensyen KOSPEN Negeri Selangor di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE