Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Bilik Gerakan BN PRK Kuala Kangsar di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pemilihan Mastura bertepatan dengan hasrat untuk meneruskan kesinambungan legasi Wan Mohammad Khair-il Anuar.

"Beliau (Mastura) merupakan seorang profesional, tokoh yang dekat dan tahu denyut nadi pengundi di Kuala Kangsar," katanya.

Semalam, Pas mengumumkan Ketua Dewan Muslimat Pas Perak, Dr. Najihatussalehah Ahmad, 50, sebagai calon parti itu dalam PRK tersebut. - UTUSAN ONLINE