Pengurusan masjid kerajaan yang memakai nama pejuang dan pendakwah silam itu menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan sijil penghargaan manakala  tempat kedua, Masjid Sultan Ismail Cendering (RM2,000) dan Masjid Khalifah Taman Jaya di sini di tempat ketiga (RM1,500).

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Abidin yang berangkat menyempurnakan majlis perasmian berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam majlis yang berlangsung di Stadium Negeri.

Bagi kategori masjid mukim pula, tempat pertama diraih oleh  Masjid Ar-Rasyidin Kampung Darat Batu Rakit manakala Masjid Haji Ahmad Ibrahim Kampung Rhu Rendang (kedua) dan Masjid Kampung Batu 2 1/2 Kemaman (ketiga).

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) muncul sebagai johan perarakan bagi kategori jabatan dan badan berkanun kerajaan negeri manakala Jabatan Pelajaran bagi kategori kerajaan dan badan berkanun Persekutuan.

Universiti Sultan Zainal Abidin pula menjuarai kategori IPTA/IPTS; Petronas Wilayah Pantai Timur (syarikat swasta); Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai (pasukan beruniform) dan Pertubuhan Kebajikan Amal Maaruf Pribumi (badan bukan kerajaan). - UTUSAN ONLINE