Rohani Abdul Karim
Rohani Abdul Karim

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, setakat ini cadangan daripada timbalannya, Datin Paduka Chew Mei Fun itu masih lagi dalam peringkat kajian sebelum dibentangkan di peringkat kementerian untuk penelitian lanjut.

“Kita tidak mahu mewujudkan satu dasar secara tergesa-gesa tanpa menitikberatkan pandangan mereka yang berada dalam institusi (taska) ini.

“Buat masa ini, Mei Fun bersama jawatankuasanya sedang mengumpul maklumat dan akan mengadakan beberapa mesyuarat sebelum membentangkannya kepada saya dalam masa terdekat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Fiesta Wanita dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Tambah Rohani, penelitian cadangan itu penting kerana pihaknya tidak mahu syarat berkenaan menjejaskan golongan wanita untuk bekerja termasuklah memberi kesan kepada operasi institusi taska di negara ini sekiranya dilaksanakan.

November lalu, Mei Fun mencadangkan syarat kelayakan pengasuh taska bagi pendaftaran baharu yang mesti mempunyai sekurang-kurangnya SPM sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti penja­gaan kanak-kanak di institusi berkenaan.

Dalam pada itu Rohani berkata, kementeriannya sentiasa komited dalam usa­ha meningkatkan pengli­batan wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan sekali gus menjadi ejen penyumbang kepada pembangunan negara.

“Pada masa sama, pe­ningkatan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan harus dipergiatkan kerana golongan ini mewakili 49 peratus iaitu 15 juta daripada keseluruhan populasi negara,” ujarnya.