Perkara itu dizahirkan oleh Presiden Pas menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook beliau hari ini.

Kesimpulan itu dibuat selepas beliau dijemput menyampaikan syarahan bertajuk `Masa Depan Islam: Cabaran dan Penyelesaian’ kepada lebih seratus ahli akademik, ahli politik, pemimpin masyarakat dan mahasisiwa di Ankara, Turki semalam.

Kata beliau, sesi dialog yang berlangsung lebih satu jam itu menyentuh peranan gerakan Islam, ulama dan generasi muda untuk memastikan masa depan Islam lebih cerah.

“Saya menekankan kepentingan umat Islam untuk mendalami ilmu agama dan pengetahuan semasa, memilih pendekatan sederhana yang tidak terlalu longgar (tahasul) dan tidak terlalu keras (tasyaddud).

“Mengutamakan pendekatan damai dalam berpolitik dan diplomasi serta berpegang kepada prinsip, namun fleksibel dari sudut pendekatan. Saya berkeyakinan masa hadapan adalah milik Islam,” kata beliau.

Syarahan disertai Abdul Hadi itu merupakan program anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terkemuka di turki, Pusat Kajian Sosial dan Ekonomi (ESAM). - UTUSAN ONLINE