Beliau, yang juga Anggota Parlimen Masjid Tanah, berkata keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada pemimpin lain untuk memimpin UMNO ke arah transformasi yang menyeluruh.

“Saya juga akan tamat tempoh memimpin Pergerakan Puteri UMNO Malaysia untuk diserahkan baton kepimpinan kepada pemimpin Puteri (UMNO) yang lain.

“Dengan ini juga saya juga berharap ramai pimpinan UMNO lama akan memberi ruang pada muka baharu untuk memimpin parti dan sayap UMNO,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mas Ermieyati berkata pada masa ini beliau meletakkan fokus terhadap memberikan khidmat bakti kepada masyarakat Masjid Tanah yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk mewakili mereka.

Pada 22 Mei lepas, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pemilihan parti peringkat cawangan diadakan daripada 19 Mei hingga 10 Jun, pemilihan ketua sayap pada 23 Jun, manakala pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada 30 Jun.- BERNAMA