Program yang diadakan di sekitar pekan Masjid Tanah itu turut melibatkan penyertaan pemimpin MCA dan Gerakan Bahagian Masjid Tanah di mana beliau menyampaikan sumbangan buah limau dan angpau kepada 30 peniaga.

Mas Ermieyati yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO berkata, sumbangan ini adalah sebagai simbolik bagi menyantuni masyarakat Tionghua sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 16 Februari nanti.

“Sebagai masyarakat berbilang kaum di negara ini, sambutan Tahun Baharu Cina turut menjadi satu perayaan yang diraikan seluruh masyarakat dan di sini kita sama-sama meraikan sahabat kita yang berketurunan Tionghua.

“Kemesraan yang terjalin antara pelbagai kaum ini menjadi tonggak kepada perpaduan dan keamanan yang dikecapi negara dan sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga dapat meraikan pelbagai jenis perayaan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan program walkabout itu di sini. - UTUSAN ONLINE

Suffian Abu Bakar