Malah martabak hasil resipi turun temurun itu juga dijual dengan harga cukup berpatutan iaitu RM3 sekeping sama ada bagi martabak ayam atau daging selain mempunyai saiz yang tebal.

Menurut Noor Irwan atau lebih mesra dengan panggilan Wan, dia menjalankan perniagaan martabak khususnya pada bulan Ramadan sejak 11 tahun lalu.

Katanya, menyedari kos sara hidup semakin meningkat pada masa ini, dia mengambil inisiatif menjual makanan tersebut dengan harga RM3 meskipun dikebanyakkan tempat martabak dijual dengan harga sekitar RM3.50 atau RM4.

Ujarnya, setiap hari, martabaknya, terutama ketika awal sehingga pertengahan Ramadan terjual antara 400 sehingga 500 keping.

“Perniagaan makanan itu telah diusahakan sejak 20 tahun lalu malah abang dan adik saya juga menjalankan perniagaan sama.

“Antara keistimewaan martabak ini adalah bersaiz tebal selain isi daging dan ayam yang diletakkan lebih banyak untuk kepuasan para pembeli,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Tambah Wan, dia dibantu oleh adiknya Noorsham Khamis,33, dan beberapa orang lagi pekerja di gerainya.

“Bagi siapa yang ingin mencuba martabak Wan, bolehlah mengunjungi gerai kami yang dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat,” katanya. - UTUSAN ONLINE