Nazari Abd Hadi
Nazari Abd Hadi

Panglima Briged Kelapan Infantri, Brig Jeneral Nazari Abd Hadi berkata, susulan kejadian serangan di tiga negara jiran itu, kesemua anggota tentera yang bertugas di kawasan sempadan itu telah diarahkan supaya meningkatkan rondaan dan pemeriksaan.

“Anggota yang bertugas terutama di sepanjang Sungai Golok telah diarahkan supaya lebih peka dalam tugas pemantauan bagi mengesan sebarang anasir yang tidak diingini daripada masuk ke negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Nazari berkata, di sepanjang sempadan tersebut terdapat beratus pangkalan haram dan ia bukan tugas yang mudah bagi pasukan penguat kuasa mengawalnya.

“Disebabkan itulah, kerjasama daripada pelbagai agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen amat diperlukan, “ katanya. - BERNAMA