Berjaya menewaskan empat pencabar lain iaitu Achey, Issey, Ajak dan Shuk, bintang kelahiran Filipina itu menjelaskan, dia telah bersetuju untuk berbuat demikian kerana memikirkan rezeki yang diperoleh harus dikongsi bersama-sama.

“Tujuh minggu kami berada di pentas ini untuk menjayakan persembahan. Jadi, saya dapat rasakan penat lelah yang telah kami lalui.

“Sebab itu saya tekad untuk agihkan RM15,000 kepada setiap seorang. Cukuplah saya ambil RM40,000 sahaja. Keputusan ini saya bulatkan apabila berjaya mara ke final pada minggu lalu,” katanya.

Menurut Mark lagi, dia berharap agar rakan-rakannya yang beraksi di pentas final dapat memanfaatkan wang tersebut sebaik-baiknya.

“Mungkin mereka juga boleh kongsikan rezeki tersebut seperti bersedekah atau apa sahaja.

“Bahagian duit saya mungkin akan dibelanjakan untuk anjurkan majlis kesyukuran bersama-sama rakan dan peminat yang terlibat menyokong pembabitan saya sepanjang BBB 2018.

BBB 2018 berlangsung malam tadi dan disiarkan secara langsung di TV3. - UTUSAN ONLINE