Pengarah Operasi Wilayah Selatan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Ibrahim Mohamed berkata, keluasan sektor pencarian yang dilaksanakan sejak kehilangan kapal MT Orkin Harmony mencecah 20,000 kilometer persegi di sempadan perairan Malaysia dan negara jiran.

“Maritim Malaysia telah memanjangkan maklumat ini kepada Singapore Police Coast Guard (SPCG), Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) dan Badan Keamanan Laur Republik Indonesia (Bakamla RI) bagi membantu mengesan kapal tersebut.

“Sehingga kini, kami masih belum menerima sebarang maklumat mengenai penemuan kapal itu. Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan termasuk pemantauan oleh aset-aset Maritim Malaysia di perairan Sabah dan Sarawak,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE