Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sharif Haron berkata, meskipun ka­edah menghasilkan sayur-sa­yu­ran di dalam bilik pertanian atau dikenali sebagai kilang ta­naman sesuatu yang baharu di Ma­laysia, namun negara-negara la­in seperti Singapura dan Jepun su­dah membangunkan sistem pe­nanaman itu dalam skala besar.

“Kilang tanaman ini dapat menempatkan pelbagai sayur-sayuran dalam keadaan yang hampir steril dan bebas kuman. Ia juga boleh meminimumkan jumlah kuman dan kerosakan terhadap kesegaran tanaman,” katanya selepas merasmikan persidangan kebangsaan Our Food Our Future bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di Ibu pejabat MARDI dekat sini hari ini.

Dalam persidangan yang akan berlangsung mulai 1 Disember itu, sebanyak enam kertas kerja melibatkan perkongsian pe­nga­laman dalam bidang pempro­sesan makanan, pertanian ban­dar dan pertanian konvensional akan dibentangkan.

Kilang tanaman ialah kaedah penanaman sayuran yang dilakukan di dalam bilik tertutup serta menggunakan teknologi sepenuhnya tanpa melibatkan ruang tanah yang besar.