Menteri Kemajuan Luar Ban­dar dan Wilayah, Datuk Seri Is­ma­il Sabri berkata, langkah ter­sebut selaras dengan objektif Pelan Induk Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 yang mahu menja­dikan Malaysia sebagai se­bu­ah negara ae­roangkasa terkemuka di Asia Tenggara.

“Malaysia bersedia untuk men­jadi rakan kongsi aeroangkasa u­tama di Asia Tenggara lengkap de­ngan tenaga ker­ja kemahiran, pembangunan teknologi dan so­kongan kerajaan yang menggalakkan dan kemudahan yang disediakan.

“MARA sebagai sebuah institusi badan berkanun yang menjadikan pendidikan, keusahawanan dan pelaburan sebagai perniagaan utamanya turut tidak ke­tinggalan untuk menjadi pene­raju dalam menyediakan 30 peratus daripada tenaga kerja mahir di Malaysia dalam bidang tersebut,” katanya.

Sejak teknologi tinggi diperke­nalkan, industri aeroangkasa te­­lah berkembang daripada segi ni­lai, teknologi dan keupayaan manusia apatah lagi dengan lim­pahan pemain industri aeroangkasa antarabangsa yang semakin bertambah pesat.

Kestabilan ekonomi, sumber dan bahan-bahan serta tenaga ker­ja di rantau Asia Tenggara turut menjadi salah satu signifikan yang besar bagi pembangunan industri aeroangka­sa.

Jelas Ismail Sabri, selari de­ngan Keusahawanan dan Pendi­dikan Global yang menjadi moto MARA, terbukti MARA cemerlang kerana melahirkan ramai graduan yang berjaya dalam menyumbang tenaga kerja dalam pelbagai sektor di seluruh negara.

“Pogram pendidikan MARA di­reka bagi memenuhi keperluan in­­dustri negara dan kebanyakan gra­duan MARA sedia bekerja dan mendapat permintaan yang tinggi oleh pelbagai industri sama ada antarabangsa dan tempatan.

“graduan MARA juga turut mendapat permintaan dalam industri aeroangkasa yang mana penggunaan teknologi tinggi di dalam institusinya menerusi bidang ini adalah memenuhi piawai­an di peringkat antarabangsa.