Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri yakin usaha tersebut akan terlaksana sebaik sahaja Mara Digital di kawasan itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20 Mac ini.

“Mara Digital di daerah kecil Sungai Rambai ini akan membantu kerajaan negeri mempromosikan kawasan selatan Melaka sebagai pusat tumpuan jualan produk-produk ICT pada masa akan datang.

“Saya menyeru para usahawan yang dipilih menjalankan perniagaan di Mara Digital ini untuk berusaha lebih gigih dan memastikan produk jualan mampu menarik pengunjung dari Melaka dan utara Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis prapelancaran Mara [email protected] Rambai di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Mara Melaka, Abdul Wahab Yusoff dan Ketua Penolong Pengarah pejabat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Sembilan dan Melaka, Mohd. Asri Yusof.

Mara Digital di Sungai Rambai siap sepenuhnya pada penghujung Februari lalu dan sebagai permulaan ia bakal menempatkan lima buah premis jualan peralatan dan gajet ICT. - UTUSAN ONLINE