AWANG ADEK HUSSIN
AWANG ADEK HUSSIN

Pengerusinya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, bagi menampung perbelanjaan untuk perkhidmatan tersebut, Mara sekali gus mewujudkan kembali pengendalian bas ekspres supaya keuntungan yang diperoleh dari perniagaan terbabit dapat digunakan untuk menampung keperluan dan perbelanjaan di luar bandar.

Katanya, Mara suatu ketika dahulu terkeluar daripada urusan pe­ngendalian bas ekspres selama beberapa tahun selepas diswastakan menjadi Mara Holdings Sdn. Bhd. (MHSB).

“Kini Bahagian Industri Pe­ngangkutan (BIP) Mara adalah bahagian yang bertanggungjawab ke atas Projek Kenderaan Bas Mara (KBM) iaitu projek perkhidmatan pengangkutan bas awam berbentuk sosial yang beroperasi khususnya di kawasan luar bandar.

“Sekarang, kita sudah menjadi pemain aktif dalam jenama MyBas Perlis yang menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi syarat yang tinggi. Ia juga membawa kepada kualiti pengangkutan yang bagus kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Pengangkutan Mara 2017 yang diadakan buat julung kalinya di sini hari ini.

Persidangan tersebut diadakan bagi mewujudkan kerjasama di antara kementerian dan agensi-agensi yang terlibat dalam penggubalan dasar pengangkutan awam negara, pengusaha pe­ngangkutan darat bumiputera dan penyedia perkhidmatan sokongan berkaitan industri pe­ngangkutan.

Sementara itu, beliau berkata, persidangan tersebut juga bagi mengetengahkan modal insan dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang banyak dilahirkan dari institusi-institusi pengajian tinggi Mara kepada peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan awam tempatan.

“Mara mengeluarkan ratusan modal insan dalam bidang TVET setiap tahun seperti dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Institut Kemahiran Mara (IKM). Mereka ini boleh diserapkan dan menyumbang kepada sektor pe­ngangkutan awam di negara ini,” ujarnya.