Pengerusi Mapex, Datuk Ng Seing Liong berkata, pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti pengunjung termasuk rebat tunai sehingga RM30,000 eksklusif untuk pembeli rumah di pameran itu.

“Mapex kali ini terus menyaksikan penyertaan daripada Maybank dan Hong Leong Bank bagi membantu bakal pembeli rumah mendapatkan pinjaman,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE