Dia masih kelihatan bertenaga, cuma dengan wajah yang agak garong dibakar bahang matahari tiba kira-kira pukul 2 petang dan turut disambut oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri , Datuk Mohd Zubir Embong.

Yang turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.

Anak jati Kemaman itu mensasarkan jarak keseluruhan ekpedisi hampir 2,000 kilometer akan meneruskan dayungan ke Pulau Kerengga, Marang esok.

Mansor berkata, dia menyambung dayungan pagi ini dari Pantai Rhu Tapai Setiu sejauh 33 kilometer sebelum tiba di Batu Buruk.

"Sejak memulakan ekspedisi saya tidak menghadapi kesukaran," ujar Mansor yang mempunyai lebih 36 tahun pengalaman dalam kegiatan berkayak.

Sementara itu Mohd Zubir berkata, beliau teruja menyambut anak jati Terengganu yang sanggup menempuh cabaran sepanjang berdayung secara solo dalam usia yang cukup mencabar keupayaan.

"Mansor kelihatan sangat sihat dan tidak hadapi masalah kesihatan sepanjang ekpedisi itu dan kelebihan itu wajar diteladani ramai terutama anak muda di Terengganu.

"Generasi Y dapat menjadikan Mansor sebagai inspirasi tentang keazaman dan kecekalan mencabar diri dan kelaziman untuk turut menyumbang sesuatu kepada negara dengan cara tersendiri," katanya. - UTUSAN ONLINE