Beliau berkata, pemansuhan GST dan tol sahaja akan menyebabkan kerajaan kehilangan hasil negara berjumlah RM383 bilion tidak termasuk hutang sedia ada yang lain.

Katanya, separuh daripada pembangunan negara juga tidak akan dapat dilaksanakan akibat kehilangan hasil negara yang besar itu.

"Dia (PH) punya manifesto lagi dahsyat.. (negara) kita akan berhutang dan adik-adik sekalian (generasi muda) yang akan tanggung... Sebab itu kita tidak boleh tipu rakyat, jangan tipu rakyat, yang mana boleh buat, kita buat, yang mana tidak boleh buat, kita beritahu tidak mampu.

Tapi percayalah kita sentiasa fikir tentang rakyat kerana ini dasar kita, rakyat didahulukan," katanya pada Program Bajet 2018 bersama Rakyat: Belia dan Pelajar, di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini hari ini. - BERNAMA