Ketua Unit Perhubungan Awam HKL, Rosnah Amdan berkata, mereka masih ditempatkan di wad yang sama sebelum diputuskan oleh doktor samada dibenarkan keluar atau tidak. 


“Kita tidak tahu jangka masa rawatan yang akan diambil kerana kebiasaanya rawatan melibatkan kebakaran mengambil masa yang lama.Oleh itu, segalanya terserah kepada doktor atau pakar,” ujarnya. 


Sehingga kini ketiga-tiga mangsa, Indrakurniawan Mohd.Amirul,11 ; Muhd. Shahir Sharifuddin, 11 dan Zunnun Misri Nasrun, 15 kini stabil tetapi masih menggunakan alat bantuan kecemasan.-UTUSAN ONLINE.