Titah baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), amalan berwakaf telah menjadi sumber kekuatan kepada generasi terdahulu dari sudut ekonomi, kebajikan, pendidikan dan agama.

"Maka sebab itu, potensi wakaf wajar diterokai oleh masyarakat dan para pengurus wakaf," titah baginda ketika berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Bantuan Peruntukan Tahunan Institusi Pendidikan Islam Negeri Perlis 2018 di Masjid Al-Munir, Batu 5, Jalan Kuala Perlis dekat sini.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor dan Ketua Unit Kutipan Dan Agihan, Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idrus Al-Habshee.

Pada majlis itu, Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah), Behor Mali, menerima sumbangan berjumlah RM350,000; Sekolah Agama Al-Islahiyah (Rendah), Behor Mali, (RM175,000) dan Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Sunnah, Padang Melangit (RM40,000). - UTUSAN ONLINE