Baginda bertitah, bulan Ramadan disyariatkan ibadah puasa di dalamnya jika dihayati sepenuhnya akan melahirkan peribadi mulia.

"Hikmah Ramadan mendidik jiwa untuk patuh perintah Allah dan mengekang godaan hawa nafsu selain membentuk peribadi insan berakhlak mulia bermentaliti kelas pertama supaya mengasihi golongan yang kurang bernasib baik, fakir dan miskin serta mereka yang benar-benar memerlukan," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas meninjau dan menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis sejumlah RM10,000 kepada mangsa kebakaran di Kampung Chemumar Tengah, Simpang Empat bersempena Program Hijrah Minda MAIPs ke-12, di sini hari ini.

Rumah mangsa, Muhammad Suhaimi Ahmad, 49, musnah dalam kebakaran itu pada pukul 10 malam Rabu lepas. - BERNAMA