Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pada masa sama, jualan pelbagai barangan oleh rangkaian KR1M 2.0 juga tidak terhad kepada golongan berpendapatan terendah B40 sahaja.

“Buat masa ini, kita buka kepada semua rakyat tempatan tetapi kaedah yang akan datang kita akan menentukan antara rakyat Malaysia dan warga asing,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2018 bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Idris Ahmad (Pas-Bukit Gantang) ketika mencelah penggulungan berkenaan untuk bertanya sama ada kerajaan akan mengehadkan jualan di KR1M 2.0 untuk golongan B40 sahaja. – UTUSAN ONLINE