Menurut Perdana Menteri, metodologi kajian seperti horizon scanning dan strategic foresight digunakan sepenuhnya oleh negara-negara membangun termasuk United Kingdom, Finland malah Singapura untuk memastikan pelan jangka panjang yang bersesuaian.

"Saya difahamkan bahawa Ketua Setiausaha Negara sendiri telah menerajui dan menggalakkan metodologi scenario scanning digunakan dalam penyediaan pelan tindakan negara.

"Saya juga begitu teruja apabila Jabatan Perkhidmatan Awam telah pun mengguna pakai metodologi foresight dalam penyediaan pelan strategiknya," katanya dalam ucapan pembukaan Mesyuarat Majlis Sains Negara (NSC) di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Dalam ucapannya itu, Najib turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, Prof. Tan Sri Zakri Abdul Hamid di atas kejayaan meraih anugerah Wira Biodiversiti ASEAN di Manila, Filipina, kelmarin. - UTUSAN ONLINE