Beliau berkata kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memastikan pembangunan di Kedah dilaksanakan dengan seimbang di kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar, yang merupakan tiga elemen penting untuk memajukan negeri itu.

"Walaupun Kedah merupakan negeri yang menghasilkan 37 peratus makanan utama negara, kerajaan persekutuan tidak akan lupakan Kedah dalam (pembangunan) bidang teknologi tinggi.

"Saya akan terus bantu perdana menteri untuk pastikan Kedah akan terus diberi keutamaan dengan syarat kita (BN) diberi mandat yang lebih besar daripada apa yang diberikan selama ini," katanya berucap merasmikan Ekspo Muafakat Kedah di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa segala pengumuman peruntukan yang dibuat oleh perdana menteri ketika melawat Kedah dan Langkawi bukan dedak sebaliknya ia adalah sebagai komitmen kerajaan persekutuan untuk rakyat negeri itu sepenuhnya. - BERNAMA