Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, beliau secara peribadi begitu tertarik dengan wajah baharu tersebut kerana nampak lebih segar dan meninggalkan imej lama ketika bersaiz besar.

“Sebagai orang lama, pada saya saiz besar itu lebih menarik dan sepatutnya dikekalkan te­tapi apabila sudah bertukar kom­pak, saya melihat ia masih Utusan Malaysia yang penuh wibawa sebagai akhbar yang banyak memperjuangkan pergerakan koperasi di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas me­nyaksikan majlis menandata­ngani perjanjian persefahaman (MoU) antara MyAngkasa Ama­nah Berhad, MyKhairat Management Services Sdn. Bhd. dan RedOne Network Sdn. Bhd. di Kelana Jaya dekat sini, hari ini.