Jurucakap Perhubungan Media, Jabatan Komunikasi Korporatnya, Nadia Jasmon berkata, bagi meraikan produk terbaharu itu, Mamee mengambil inisiatif memberi semula kepada komuniti melalui pelbagai medium menerusi kempen tersebut.

“Inisiatif kempen ‘Mamee Kembali ke Sekolah’ ini adalah sumbangan tersendiri pihak syarikat dan secara tidak langsung dapat memberi impak positif terhadap sekolah yang dikunjungi terutamanya murid-murid sekolah.

“Salah satu daripada inisiatif itu ialah sumbangan papan tanda di tapak perhimpunan dan kantin sekolah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu katanya, Mamee juga terlibat dalam penambahbaikan papan informasi di perpustakaan dan sumbangan rak buku.

“Kami juga telah menerima sumbangan bahan bacaan daripada Pelangi Publishing untuk disumbangkan kepada 50 buah sekolah terpilih,” katanya.

Sementara itu, Nadia berkata, pihaknya juga telah mendapat kebenaran untuk menjual produk Mamee Monster Biskidz di kantin-kantin sekolah daripada Kementerian Pendidikan kerana ia merupakan produk berkhasiat.

Produk Mamee Monster Biskiz keluaran Mamee di bawah jenama Mamee Monster dilancarkan pada 16 November tahun lalu merupakan biskut DHA pertama di Malaysia yang mengandungi nutrisi seimbang dalam membentuk perkembangan minda kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun malah sesuai untuk semua peringkat umur.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Urusan Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, Sum Lih Kang berkata, kerjasama syarikatnya dengan Mamee bertujuan meningkatkan budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah pada zaman kini.

“Kami percaya budaya nilam atau nilai membaca boleh memberi manfaat termasuk pengetahuan dan pengenalan luas kepada pelajar terutama di peringkat awal sekolah,” katanya.