Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, situasi itu berbeza dengan kedudukan Malaysia berada di tangga teratas pada tahun 1970-an.

Malah, dakwa beliau, kedudukan negara Vietnam lebih baik berbanding Malaysia.

“Sekarang ini, kedudukan tentera laut, udara dan sebagainya dalam kalangan Asia Tenggara, negara kita berada di tempat yang paling bawah. Vietnam jauh ke hadapan, Indonesia nombor satu dan Malaysia sekarang ke bawah.

“Malulah kita kalau pergi ke peringkat antarabangsa. Tetapi saya akan berusaha menjadikan Malaysia hebat semula, nombor satu semula,” katanya ketika sesi waktu pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Danyal Balagopal Abdullah (PH-Port Dickson) yang meminta Kementerian Pertahanan menjelaskan mengenai isu peruntukan dan pertahanan. – UTUSAN ONLINE