Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kelantangan Malaysia juga tidak dapat memberi kesan terhadap isu berkenaan.

Malah, isu yang sama juga pernah dibantah dan disuarakan Perdana Menteri di peringkat persidangan antarabangsa.

“Walau selantang mana pun suara Malaysia, kita tidak dapat bawa penjenayah ke pengadilan antarabangsa. Kita tidak mempunyai kedudukan untuk melakukannya.

“Melainkan kita membuat keputusan untuk mempunyai kedudukan itu,” katanya dalam sesi pertanyaan-pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (BN-Beluran) yang bertanyakan mengenai hala tuju dan peranan Malaysia dalam usaha menyelesaikan kemelut serantau terutama isu Rohingya, Syria dan Palestin. -UTUSAN ONLINE