“Kerajaan Malaysia akan terus memperjuangkan hak negara Palestin sebagai sebuah negara berdaulat dan menghulurkan bantuan kemanusiaan yang sewajarnya untuk meringankan penderitaan yang dihadapi oleh penduduk Palestin,” katanya.

Dr. Wan Azizah berkata demikian menerusi status dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Dalam status itu juga, beliau turut berkongsi gambarnya yang menerima kunjungan hormat Duta Palestin ke Malaysia, Datuk Dr. Anwar Al Agha di Parlimen, tengahari tadi. - UTUSAN ONLINE