Tempoh penggantungan serta-merta itu adalah selama sebulan, demikian menurut kenyataan bersama selepas mesyuarat dua hala antara Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan di sini.


Kenyataan itu menyebut kedua-dua pihak turut bersetuju pada masa ini, Menteri Pengangkutan dari kedua-dua negara itu perlu bertemu segera untuk perbincangan mengenai RA dan tatacara ILS untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan penerbangan awam.


Sementara itu, berkaitan isu martim membabitkan had pelabuhan Johor Bahru dan Singapura, kedua-dua negara bersetuju menubuhkan sebuah kumpulan kerja diketuai Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, Chee Wee Kiong dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.


Menurut kenyataan itu, kumpulan kerja itu akan mengakji dan membincangkan isu perundangan dan operasi untuk meredakan keadaan di lapangan dan menyediakan asas untuk perbincangan dan rundingan lanjut.


Ia menyebut kumpulan kerja itu akan melaporkan kepada kedua-dua Menteri Luar itu dalam tempoh dua bulan.- BERNAMA