Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, meskipun Malaysia tidak berdepan dengan risiko gempa bumi yang serius dan taufan, namun perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana Malaysia masih diancam bencana alam pada skala yang kecil.

“Oleh itu, adalah penting untuk kita meningkatkan usaha meminimumkan risiko bencana alam demi keselamatan semua pihak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Lam Thye menambah, pengalaman negara berhadapan dengan tsunami pada tahun 2004 serta bencana-bencana lain seperti tanah runtuh menunjukkan Malaysia perlu mengambil langkah-langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko bencana sedemikian. - UTUSAN ONLINE