Tegas Timbalan Perdana Menteri, setelah sekian lama Hong Kong memegang peranan berkenaan, tidak mustahil bagi Malaysia ‘mengambil alih’ usaha tersebut khususnya melibatkan rantau ASEAN.


“Kita lihat Hong Kong telah menjadi pintu masuk kepada saluran barangan. Namun peranan ‘transshipment country’ ini boleh ditambah luas, bukan sekadar pengedaran dan penyaluran barangan serta produk-produk dari negara kita, tetapi pada waktu yang sama Malaysia harus dijadikan juga sebagai negara ‘transshipment’ untuk produk-produk dari beberapa negara yang selama ini peranan itu dimainkan oleh Hong Kong.


“Usaha ‘transshipment country’ ini boleh dimainkan peranannya oleh Malaysia bagi seluruh negara-negara ASEAN kerana kita memiliki kemudahan-kemudahan pelaburan dan infrastruktur serta saluran komunikasi yang lebih luas terutamanya dengan pewujudan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ),” katanya.


Beliau berkata demikian ketika sesi sarapan pagi bersama wartawan Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak Ekonomi China Sedunia (WCES) 2017 di sini hari ini.


Yang turut hadir, Konsul Jeneral Malaysia bagi Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Macau, Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin.


WCES 2017 anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) berlangsung selama dua hari iaitu pada 13 dan 14 November dan merupakan dasar bagi menggalakkan dialog sesama rantau dan global terhadap kemunculan serta peranan China selaku antara ‘pemegang’ kuasa ekonomi dunia.-UTUSAN ONLINE