IDRIS AHMAD

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, wakil pemerhati itu penting untuk memastikan tiada sebarang manipulasi terhadap isu berkenaan oleh pihak antarabangsa.

“Malaysia perlu berdepan dengan DoJ dan kita perlu menghantar pasukan pemerhati ketika prosiding berjalan.

“Kita perlu lihat sendiri sama ada proses yang dijalankan itu mengikut lunas undang-undang atau tidak, betul atau salah,” kata­nya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pendapat itu turut disokong Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khai­ruddin Aman Razali yang berpendapat kerajaan Malaysia perlu menghantar wakil pemerhati ketika prosiding berkenaan dijalankan.

Katanya, isu 1MDB telah dijadikan mainan politik antarabangsa dengan penglibatan DoJ.

Mohd. Khairuddin
MOHD. KHAIRUDDIN

“Kita tidak tolak isu ini jadi mainan politik peringkat antarabangsa kerana ada pihak yang ingin menjadikan isu 1MDB sebagai modal politik mereka.

“Isu 1MDB sudah menjadi mainan belakang tabir sesetengah pihak dan tidak dinafikan Amerika Syarikat (AS) juga ada kepentingan mereka sendiri,” ujarnya.