Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Malaysia perlu aktiviti ekonomi nilai tambah

Bajet 2018 dibentang di Parlimen 27 Oktober ini

NAJIB TUN RAZAK berucap merasmikan Majlis Konsultasi Bajet 2018 bertemakan Negaraku Membentuk Masa D
NAJIB TUN RAZAK berucap merasmikan Majlis Konsultasi Bajet 2018 bertemakan Negaraku Membentuk Masa Depan di Kementerian Kewangan, Putrajaya, semalam. BERNAMA

PUTRAJAYA 15 Jun - Malaysia perlu menja­lankan aktiviti-aktiviti eko­nomi yang mempu­nyai nilai tambah bagi memastikan negara terus berdaya saing dalam ekonomi global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, menerusi semangat keusahawanan yang dipacu dengan budaya inovasi dan kreativiti, Malaysia mampu membentuk kepelba­gaian ekonomi dan memiliki kele­bihan berbanding negara-negara lain.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menambah, negara juga perlu mengemas kini dari segi teknologi dan pendigitalan yang memainkan peranan besar untuk meningkatkan produktiviti.

“Berdasarkan persekitaran luar yang mencabar, kita perlu berhati-hati dan meneruskan untuk mewujudkan lapisan-lapisan pe­mam­pan, menggalakkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang, menggalakkan eksport dan mengurangkan lebihan akaun semasa,” katanya dalam ucaptama ketika mempengerusikan Majlis Konsultansi Bajet 2018 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Othman Aziz; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah dan Gabenor Bank Negara, Datuk Seri Muhammad Ibrahim.

Dalam majlis yang disertai wakil-wakil dari sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, Najib mengumumkan Bajet 2018 akan dibentangkan di Parlimen pada 27 Oktober ini.

Jelas Najib, berdasarkan per­kembangan semasa, negara berada pada landasan yang baik untuk mencatatkan pertumbuhan ekonomi lebih tinggi antara 4.3 hingga 4.8 peratus tahun ini.

Katanya, kerajaan juga akan meneruskan langkah-langkah berhemah untuk mengurangkan defisit fiskal sebanyak 3.0 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini.

Beliau memberitahu, sekira­nya kerajaan tidak tegas me­laksanakan pembaharuan fiskal dan kewangan menerusi Dasar Transformasi Nasional, negara berkemungkinan berada dalam keadaan kemelesetan berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

“Kita telah memilih jalan yang bukan mudah dan ini memboleh­kan ekonomi kita berdaya tahan untuk kejutan-kejutan ekonomi, meskipun dalam keadaan harga minyak dunia jatuh, kita dapat menempuhnya tanpa memberi banyak beban kepada rakyat dan mereka juga tidak sedar kesukaran dihadapi negara-negara lain,” katanya.

Beliau memberitahu, kerajaan juga mengenal pasti keusahawanan sebagai antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi bagi mewujudkan kekayaan baharu, meningkatkan inovasi dan teknologi serta mengurangkan kemiskinan

Dalam pada itu, Najib memberi­tahu, kerajaan akan mendengar setiap cadangan dan pandangan rakyat bagi menggubal Bajet 2018 yang dapat menangani keperluan golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta isu kenaikan kos sara hidup dan perumahan mampu milik.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain