Menterinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, Malaysia serius dalam melaksa­na­kan teknologi hijau dengan memberi tiga fokus utama ke arah usaha berkenaan.

Menurutnya, ini termasuk­ menyediakan peluang pela­buran kepada negara luar berkaitan tenaga hijau.

“Malah, Malaysia juga komi­ted dalam memastikan kemapanan terhadap penggunaan tenaga dan air secara lebih cekap dan amalan gaya hidup dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pavilion Malaysia di Astana Expo 2017 di sini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang dan Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan, Syed Mohamad Bakri Syed Abd. Rahman.

Pada ekspo kali ini, lebih 150 peserta termasuk 62 pen­cera­mah dan 94 agensi kerajaan serta swasta mewakili Malaysia dalam ekspo yang akan berlangsung selama tiga bulan bermula hari ini hingga 30 September depan.

Tambah Ongkili kerjasama itu bukan sahaja dapat mewujudkan peluang pelaburan kepada negara luar, malah pe­nyumbang kepada penggu­naan teknologi hijau dalam kala­ngan masyarakat dunia.

“Sehingga kini Malaysia te­lah mencapai 22 peratus penggunaan tenaga melalui sumber yang diperbaharui dan terus komited mempertingkatkannya,” tegas beliau.

Pameran antarabangsa bertemakan Tenaga Bagi Masa Depan itu bertujuan menyediakan ruang bagi perbahasan global antara negara, pertubuhan bukan kerajaan, syarikat dan orang awam berkaitan impak pengurusan tenaga terhadap kehidupan manusia.