Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, menerusi projek perintis tersebut, jemaah haji Malaysia tidak perlu lagi menjalani proses imigresen sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz Jeddah, Arab Saudi.

“Berbanding dahulu, jemaah haji perlu berhadapan proses imigresen di tanah suci dan memakan masa terlalu panjang sehingga enam jam.

“Maka selepas ini, mereka akan terus mengambil bagasi selepas tiba di sana,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau pelaksanaan sistem imbasan awal haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE