Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, semua jemaah terbabit akan menjalani proses imbasan 10 jari dan pengambilan wajah yang akan dikendalikan wakil Kementerian Luar Arab Saudi di semua lapan stesen pelepasan berkenaan sebaik melapor diri.

"Sebaik tiba di terminal haji Arab Saudi, jemaah terus melalui kaunter pemeriksan imigresen dan keluar menaiki bas ke bangunan penginapan tanpa perlu mengambil bagasi masing-masing.

"Bagi urusan bagasi pula, ia akan diuruskan oleh pihak Wakil Bersatu (United Agent) yang akan diimbas oleh kastam negara itu.Jadi proses menjadi lebih cepat dan mudah," katanya ketika ditemui pemberita dalam sidang akhbar di Bangunan Tabung Haji, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE