Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pihaknya melahirkan kekesalan dengan insiden yang tidak tersengaja tersebut dan memberi jaminan kepada Kerajaan Indonesia untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Dalam upacara perasmian KL2017 penuh gemilang semalam, bendera Indonesia dalam buku cenderamata temasya sukan itu dicetak secara terbalik dengan warna merah di bawah dan putih di atas.-UTUSAN ONLINE