Malah, reputasinya yang kuat dalam menyatukan pelbagai ma­syarakat hidup aman menjadikan Malaysia amat istimewa dan rak­yatnya perlu terus mempertahan­kan keharmonian, semangat to­­lak-ansur dan sifat saling memahami antara satu sama lain.

Selain memiliki masyarakat ber­bilang bangsa, Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam, mampu menonjolkan kesederhanaan yang dianjurkan dalam beragama apabila membenarkan penganut-penganut agama lain mengamalkan kepercayaan masing-ma­sing.

Hakikat ini menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Vicki Treadell menyifatkan Malaysia mempunyai keunikan yang perlu dibanggakan dan dipelihara sebagai model kepada negara-negara lain di dunia.

Sebagai seorang warga asing yang pernah dibesarkan di Ipoh, Trea­dell juga amat meminati makanan tempatan Malaysia se­perti sate dan char kuey teow yang pada pandangannya keenakannya tidak mungkin sama meskipun boleh ditemui di luar negara.

“Kedua-dua hidangan ini me­rupakan makanan kegemaran sa­ya, bahkan saya pernah mencu­ba memasaknya di rumah tetapi ia tidak sama seperti yang diju­al di Malaysia,” katanya ketika ber­­­kongsi pengalaman tentang maka­nan yang amat digemarinya di Malaysia.

Treadell juga berkata, sejak bertukar ke Malaysia empat tahun lalu, beliau memerhati dengan teliti perkembangan politik terkini di Malaysia, terutamanya keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 yang disifatkan sebagai perkara di luar dugaan.

Beliau berkata, kesemua rakyat Malaysia perlu berasa bangga ke­rana mereka bebas mengamalkan hak demokrasi masing-ma­sing ia­itu boleh mengundi tanpa paksaan manakala proses peralih­an kerajaan juga lancar seperti ma­na dikehendaki rakyat dan pi­hak ber­kuasa.

“Saya percaya (apa yang berla­ku) merupakan detik bersejarah buat Malaysia kerana selepas 61 tahun, sebuah kerajaan yang di­­­anggap kukuh tumbang, me­nunjukkan bahawa rakyatnya mengamalkan proses demokrasi. Ini akan menjadi detik bersejarah dalam politik Malaysia.

“Kemenangan kerajaan Pakatan Harapan merupakan permulaan yang indah bagi Malaysia baharu dan menjanji banyak harapan dan negara seperti Bri­tain sudah tentu mahu bekerjasama rapat selain mengukuhkan kerjasama yang sedia ada,” kata beliau.

Treadell berkata, meskipun Per­dana Menteri yang baharu dilantik, Tun Dr. Mahathir Moha­mad pernah melaksanakan dasar ‘Buy British Last’ ketika menerajui Malaysia pada satu dahulu te­tapi ia tidak pernah merencatkan hubu­ngan antara Kuala Lumpur-London yang disifatkannya se­makin baik.

Pesuruhjaya Tinggi itu berkata, perdagangan dua hala antara Malaysia-Britain melibatkan ba­ra­ngan dan perkhidmatan berjumlah 4.6 bilion pound (RM24.5 bi­lion) tahun lalu.

Meskipun jumlahnya memper­lihatkan sedikit penurunan, te­ta­pi usaha dilakukan untuk memastikan jumlah perdagangan itu di­tingkatkan dengan menumpukan kepada beberapa sektor utama pelaburan seperti pendidikan, penjagaan kesihatan dan infrastruktur yang memberi manfaat bersama, kata beliau.

Treadell menambah, berikutan Brexit iaitu tindakan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), negara pulau itu tidak lagi tertakluk kepada sekatan sekali gus bakal merancakkan perdaga­ngan dengan Malaysia menerusi perjanjian bebas perdagangan dua hala Malaysia-Britain.

“Kami juga meneliti untuk menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan akan me­minta sokongan Malaysia yang telah menyertai perjanjian itu bila masanya tiba,” kata Trea­dell.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya Tinggi berharap hubungan Kuala Lumpur-London akan terus ku­kuh dan bukan sahaja diperluaskan malah kedua-dua negara akan mewujudkan pelan utama seperti pendidikan dan juga usaha sama lain yang akan dipertingkatkan.

Beliau menegaskan, hubungan kedua-dua negara bukanlah untuk jangka pendek kerana kami sudah berada di sini (ketika Malaya di ba­wah jajahan British) untuk satu tempoh masa yang lama dan kami akan terus berada di sini untuk tempoh jangka masa yang panjang.

“Lebih lama kami di sini, lebih erat usaha sama dilakukan dalam isu melibatkan pertahanan, ke­se­la­matan dan perniagaan sambil turut melibatkan rakyat terhadap perkara yang dekat dengan mereka. Ini adalah bagaimana kami membina hubungan kami atas da­sar masa silam dan sejarah selain juga membentuk hubungan yang lebih baik pada masa hadapan,” tambah beliau lagi.