Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ia sekali gus mampu menjadi menyumbang pertumbuhan ekonomi negara.

“Institut Jantung Negara (IJN) merupakan contoh terbaik pusat perubatan jantung yang kompetetif di peringkat antarabangsa melalui pelbagai pengiktirafan yang diterima.

“Kerajaan akan meneruskan sokongan kepada IJN dalam usahanya membolehkan penjagaan berkualiti dan rawatan semua rakyat tanpa mengira status sosial dan latarbelakang ekonomi,” katanya semasa berucap di Majlis Makan Malam Amal IJN 2018 bersempena dengan 26 tahun penubuhan IJN, di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefli Ahmad; Pengerusi IJN, Tan Sri Dr. Mohd. Nasir Mohd. Asyraf dan Pengerusi Yayasan IJN, Toh Puan Datuk Seri Dr. Aisyah Ong.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr. Mohd. Azhari Yakub dalam ucapan berkata, IJN telah melalui pelbagai pencapaian sepanjang penubuhannya.

“IJN telah melaksanakan 150,000 rawatan Kardiologi termasuk 37,000 pembedahan jantung, serta 20,000 pembedahan Cardiothoracic Pediatrik sejak penubuhannya.

“Yayasan IJN yang ditubuhkan sejak 1995 juga banyak membantu golongan yang tidak berkemampuan menjalani pembedahan jantung, membiayai kajian dan peralatan perubatan.

“Sejak 2014 hingga 2016 Yayasan IJN telah membelanjakan sebanyak RM12 juta bagi membantu pesakit yang memerlukan.

Katanya, IJN Sdn. Bhd. (hospital) turut menyumbang sebanyak RM46.5 juta kepada Yayasan IJN membantu pesakit. - UTUSAN ONLINE