Hubungan dua negara berjiran itu tegang apabila tatacara Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) Lapangan Terbang Seletar di Singapura yang akan melalui ruang udara Pasir Gudang, dikatakan dibuat tanpa persetujuaan Malaysia, manakala Singapura pula menuduh perluasan had pelabuhan di Johor Bahru telah menceroboh perairan negara tersebut.

Menurut kenyataan oleh Wisma Putra semalam, mesyuarat itu penting bagi meredakan ketegangan sekali gus mahu mengelakkan tercetusnya konflik yang lebih buruk.

"Kerajaan Malaysia yakin kedua-dua negara menghargai hubungan dua hala yang baik dan erat. Sentimen ini dipamerkan oleh Perdana Menteri kedua-dua negara semasa lawatan rasmi Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Singapura dari 12 hingga 13 November lalu.

"Sangat penting untuk mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih tegang," menurut kenyataan itu.-UTUSAN ONLINE