ANIFAH AMAN
ANIFAH AMAN

Kekesalan itu dinyatakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam pertemuannya bersama Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Md. Shahidul Islam di Putrajaya dekat sini hari ini.

Anifah dalam satu kenyataan berkata, Malaysia bimbang dengan nasib yang menimpa etnik minoriti itu di Myanmar yang kini menjadi pelarian di negara-negara asing.

Menerusi pertemuan itu, Md. Shahidul memahami kebimbangan yang dirasai oleh Malaysia dan berjanji akan mendapatkan keterangan lanjut daripada kerajaan Bangladesh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini bersama-sama menyempurnakan pelepasan kapal Nautical Aliya yang akan memulakan pelayaran ke Yangon, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh.

Misi bantuan kemanusiaan tersebut merupakan anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim). - UTUSAN ONLINE