Perdana Menteri percaya kejayaan itu adalah hasil pelbagai program yang telah dirangka dan dilaksanakan oleh kerajaan bertujuan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.

“Kami telah menyediakan ratusan ribu rumah mampu milik, membantu golongan berpendapatan rendah, perkhidmatan perubatan yang sangat murah menerusi Klinik 1Malaysia, pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap barangan makanan asas, kursus latihan serta insentif perniagaan terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merupakan tulang belakang ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Pengarah Eksekutif di UN-Habitat, Datuk Maimunah Mohd. Sharif. - UTUSAN ONLINE

SYUKRI SHAARI

[email protected]