Majlis itu dianjurkan oleh Rule of Law and Anti-Corruption Center (ROLACC), Doha, Qatar dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkenaan Dadah dan Jenayah (UNODC).

Ini merupakan kali pertama anugerah berkenaan diadakan di rantau Asia Pasifik selepas tahun lalu diadakan di Geneva dan  2016 di Vienna.

Program ini didahului dengan acara perasmian arca keluli berbentuk tapak tangan berhampiran Masjid Putra.

Arca setinggi 12 meter ini merupakan merupakan hadiah Kerajaan Qatar kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan rakyat Malaysia sebagai pengiktirafan dan penghargaan khas dalam usaha memerangi rasuah.

Kemuncak acara itu ialah penyampaiaan anugerah kepada pemenang bagi empat kategori iaitu Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Dalam Membanteras Rasuah, Anugerah Penyelidikan dan Bahan Pendidikan Untuk Memerangi Rasuah, Anugerah Inovasi Anti Rasuah dan Anugerah Kreativiti Belia dan Interaksi Menentang Rasuah.

 

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Amir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani.

Dr. Mahathir turut diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis anugerah itu ialah Peguam Negara Qatar, Dr. Ali Fattais Al Marri dan Pengarah Eksekutif UNODC, Yury Fedatov. - UTUSAN ONLINE