Castrol Super Mechanic Contest Cars 2018 peringkat Asia Pasifik menyaksikan pertandingan antara lima buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan India untuk menguji kepakaran peserta dalam penyelengaraan kereta.

Menurut peserta dari Malaysia, Yim Shao Ze, pertandingan ini memberikan satu pengalaman yang amat bermakna buatnya malah tugasan yang diberikan mengajarnya mengenai pentingnya kerjasama dalam pasukan.

“Saya sangat gembira kerana menang hari ini dan dapat pengalaman yang sangat bermakna. Sekarang saya tahu pentingnya kerjasama pasukan untuk menang dalam suatu pertandingan,” ujarnya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu seorang lagi peserta Malaysia, Alvin Tan Yong Jun berkata pertandingan ini memberikan pengiktirafan terhadap mereka yang bekerja dalam bidang mekanik dan dia dapat pelajari teknik yang baru dalam bidang tersebut.

“Saya berpendapat dengan sertai pertandingan seperti ini memberikan kami satu pengiktirafan dan saya dapat mempraktikkan teknik yang saya belajar selama ini dengan lebih baik. Bukan itu saja, saya dapat belajar teknik baru,” katanya.

Video oleh: FATIN FARHANAH SHAJAHAN

Dalam pertandingan ini peserta akan akan diberikan dua tugasan berbeza iaitu ujian secara teori dan praktikal. Tugasan teori lebih kepada pemahaman peserta mengenai bidang automotif. Manakala bagi tugasan praktikal peserta perlu penyelengaraan enjin kereta serta pengetahuan teknikal seperti menukar minyak enjin dan mengantikan bahagian enjin dalam masa yang singkat.

Dalam pada itu, Pengarah Pemasaran ASEAN Castrol, Mark Ng berkata, tahun lepas pertandingan ini hanya dibuka di peringkat Malaysia sahaja.

”Pada tahun lepas pertandingan Castrol Super Mechanic Contest Cars hanya dibuka di peringkat Malaysia. Tahun ini baru kita buka pertandingan ini ke peringkat Asia untuk lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, India, Singapura dan Thailand,” ujarnya di sidang media Castrol Super Mechanic Contest Cars 2018 hari ini.

Pemenang akan menyertai kru pit pasukan Renault Sports Formula One Team semasa perlumbaan Formula One (F1) Grand Prix di Singapura- UTUSAN ONLINE