Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Malaysia-Jepun bertukar 100,000 buah lukisan

Lukisan
JAINAB AHMAD (tengah) dikelilingi oleh para pelajar semasa menyaksikan pameran lukisan kanak-kanak di Perpustakaan Negeri Sabah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

KOTA KINABALU 10 Ogos - Peserta Pameran Lukisan Kanak-Kanak Malaysia dan Jepun telah menghasilkan kira-kira 100,000 buah lukisan menerusi program pertukaran seni lukis itu yang bermula sejak 1987.

Jumlah tersebut membuktikan sambutan menggalakkan para peserta pameran yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dari kedua-dua buah negara.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad berkata, tujuan asal program itu adalah bagi mengeratkan hubungan persahabatan Malaysia dan Jepun yang sedia terjalin sejak sekian lama.

"Program pameran lukisan ini dianggap simbolik kerana tahun ini menandakan sambutan ke 60 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan Jepun sejak 1957.

"Kita mempunyai rekod perhubungan yang akrab dan diperkukuhkan lagi dengan ekonomi dua hala, kerjasama dalam bidang maklumat serta komunikasi dengan Jepun dan saya melihat program seni lukis ini sebagai satu bahagian kecil daripada jalinan setiakawan Malaysia dan Jepun," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Pameran Lukisan Kanak-Kanak Malaysia - Jepun dan Penutupan Bengkel Pendidikan Seni Lukis Kanak-Kanak Jepun di Perpustakaan Negeri Sabah, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Setiausaha Tetap Kementeriannya, Janet K.L Chee dan Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah (PNS), Wong Vui Yin.

Kedua-dua program itu merupakan kerjasama PNS, Pusat Perbadanan Pihak Berkuasa NPO Asaka dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Jainab berkata, sebanyak 114 lukisan pelbagai tema dihasilkan oleh pelajar dari tujuh buah sekolah rendah di sekitar Kota Kinabalu dan 130 buah lukisan lagi oleh pelajar Jepun dengan jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 40 orang.

"Lukisan dalam galeri pameran itu akan bertukar hak milik selepas sahaja dipamerkan dalam tempoh seminggu," katanya.

Menurut beliau, hasil karya seni pelajar Sabah akan dibawa ke Jepun untuk dipamerkan manakala lukisan pelajar Jepun akan dipamerkan di perpustakaan dan di beberapa buah sekolah di negeri ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain